Program Pembangunan Sukan oleh ISN
Satu Program Pembangunan Sukan telah diadakan untuk menyalurkan maklumat penting kepada semua guru tentang ‘Gross Motor Skills Development’. Maklumat am bengkel adalah seperti berikut:
Tarikh : 31 Mei 2016 (Selasa)
Masa : 8.00 Pagi – 10.30 Pagi
Tempat : Dewan Seri Budiman
Penyelaras : Cik Norazlina binti Omar
Bengkel ini telah dimulakan dengan sesi senam seni yang menggabungkan pergerakan tarian Zapin dan Sewang sebagai agenda pembuka program. Penyampaian kandungan bengkel disempurnakan oleh pasukan jemputan khas dari Pusat Pembelajaran dan Perkembangan Kemahiran, Institut Sukan Negara.