Selamat Menyambut Hari Kebangsaan dan Hari Raya Aidiladha
|

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan dan Hari Raya Aidiladha

Warga sekolah mengucapkan selamat menyambut Hari Kebangsaan 2017 dan selamat merayakan Aidiladha 1438M. Semoga negara sentiasa aman makmur dan sentiasa dilimpahi rahmat Allah S.W.T. Seperti yang telah dimaklumkan menerusi surat edaran, sesi persekolahan akan disambung semula pada 4 September 2017 (Isnin). Semoga tempoh cuti semester dan cuti perayaan kali ini dimanfaatkan sebaiknya buat semua murid.

Makluman Penutupan Pagar C Kepada Ibu Bapa
|

Makluman Penutupan Pagar C Kepada Ibu Bapa

Assalamualaikum dan selamat sejahtera Ibu bapa yang dihormati, berkuat kuasa pada 22 Ogos 2017, Pintu pagar C bersebelahan padang hanya dikhususkan untuk murid-murid sahaja. Tindakan ini diambil sebagai langkah keselamatan kerana pada 21.8.2017 terdapat penjaga yang masuk ke bilik darjah tanpa kebenaran dan tidak memakai pas urusan. Ibu bapa yang mahu berurusan dengan pihak sekolah…

Penarafan Pembestarian Sekolah – SSQS 2017

Penarafan Pembestarian Sekolah – SSQS 2017

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedang melaksanakan penarafan Pembestarian Sekolah menggunakan Smart School Qualification Standards (SSQS) mulai 15 Julai hingga 30 Ogos 2017 untuk mengukur tahap pembestarian sekolah-sekolah Malaysia. Penarafan ini  boleh digunakan sebagai salah satu indikator asas bagi mengukur tahap pencapaian Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, khususnya Anjakan 7, Memanfaatkan ICT bagi Meningkatkan Kualiti Pembelajaran di…

Bengkel PIE, CHENDOL dan FrogPlay – FrogVLE

Bengkel PIE, CHENDOL dan FrogPlay – FrogVLE

8 Julai – Bengkel Pembelajaran FrogVLE menggunakan modul PIE (Participation, Interaction, Engagement) dan CHENDOL (Critical Thinking, HOTS, Engagement and Discussion through Online Learning) telah diadakan di Based Cyberlab SK Desa Pandan untuk memberikan pendedahan dan perkongsian terbaru tentang kemaskini terbaru yang terdapat dalam laman pembelajaran FrogVLE. Perkongsian ini dikendalikan sepenuhnya oleh fasilitator dalaman, iaitu:- En….

Jadual Tugasan Kemaskini Hasil Kerja Murid

Jadual Tugasan Kemaskini Hasil Kerja Murid

Jadual Tugasan Kemaskini Hasil Kerja Murid dipaparkan di dalam setiap kelas Tahap 2 sebagai rujukan murid-murid tentang tugasan mengemaskini dan menjaga kekemasan sudut bawah tanggungjawabnya. Langkah ini diambil untuk memastikan setiap sudut dalam kelas terjaga dan sentiasa dikemas kini dari masa ke masa. Guru-guru subjek boleh merujuk jadual ini untuk mengenal pasti murid yang akan membantu…

Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja

Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja

Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja ini berfungsi untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sesebuah jabatan dan juga individu. Antara faedah lain pelaksanaannya adalah seperti berikut: Mendokumenkan prosedur dan peraturan kerja Wujud keseragaman dalam cara menjalankan tugas Merekodkan peraturan-peraturan jabatan yang perlu dipatuhi Mengurangkan kesilapan dalam menjalankan tugas Sebagai bahan latihan anggota baru Memudahkan kajian ke…