Pada Rabu 27 APRIL ,Sekolah Kebangsaan Desa Pandan telah mengadakan ceramah dan pameran robotik. Ceramah tersebut bertempat di Dewan Seri Budiman.Ianya bertujuan untuk menggalakkan murid-murid mempelajari asas teknologi serta membina robot dengan kreatif. Wakil daripada syarikat tersebut telah memberi informasi yang berguna bagi mereka yang ingin masuk ke Kelab Robotik. Untuk pengetahuan anda,kelab ini merupakan kelab berbayar.
Murid yang menyertai kelab ini akan dibimbing oleh fasilitator untuk membina robot dan berpeluang untuk menyertai pertandingan dan pameran di luar. Murid juga berpeluang untuk mengenali pereka dan pembina robot yang terkenal di Malaysia.
Disediakan oleh,
Hani Arissa
Skuad Portal SKDP
Comments