Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara telah menganjurkan Karnival Kebudayaan Malaysia yang berlangsung pada 16 dan 17 September 2017 di Taman Metropolitan, Kepong. karnival ini dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik dan pihak sekolah telah menghantar wakil untuk aktiviti Kids Explore Games.
Alhamdulillah, pasukan ini menjuarai pertandingan dalam kategori sekolah rendah dan membawa pulang pingat, hamper dan juga hadiah sampingan. Semoga aktiviti ini dapat meningkatkan pengetahuan murid tentang permainan tradisional, serta dapat meningkatkan semangat nasionalisme dalam diri masing-masing.
Comments