Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Allah SWT, kerana dengan izin-Nya Sekolah Kebangsaan Desa pandan berjaya menerbitkan buletin SK Desa Pandan untuk kali yang pertama pada tahun 2014.
Buletin ini akan diterbitkan 4 kali setahun dan segala aktiviti yang dianjurkan di sekolah akan dipaparkan dalam ruangan buletin ini untuk tatapan guru-guru, ibu bapa, murid-murid dan seluruh warga SK Desa Pandan.
Kami berharap segala apa yang kami sampaikan bermanfaat untuk semua. Segala silap dan salah itu datangnya dari kami, warga buletin sendiri.Semoga SK Desa Pandan terus maju dan seterusnya dapat melahirkan insan-insan yang berwawasan tinggi dan berminda kelas pertama. – Petikan Dari Meja Editor.
Ayuh daftar masuk ke laman Frog VLE untuk mendapatkan e-Buletin SKDP Bil. 1 / 2014.
Comments