Sebagai simbolik penutupan aktiviti kokurikulum 2015, Unit Kokurikulum SK Desa Pandan telah mengadakan satu aktiviti khas untuk guru-guru dan murid-murid sebagai tanda penghargaan dan mengeratkan lagi silaturrahim antara semua peserta. Ekspedisi ini diadakan pada 25 November 2015, bermula jam 5.00 pagi sehingga 3.00 petang.
Ekspedisi ini lebih meriah dengan penyertaan Guru Besar dan Guru Penolong Kanan Kokurikulum dan kesemua peserta berjaya menawan puncak Bukit Broga. Walaupun cuaca kurang baik, berkabus dan hujan lebat, namun semua peserta sampai ke dataran dengan selamat. Semua peserta kemudiannya dibawa berkelah di Pusat Rekreasi Sungai Congkak dan pulang semula ke SK Desa Pandan pada jam 3.00 Petang.
Diharapkan agar program seumpama ini dapat dilaksanakan lagi pada masa-masa akan datang bagi memupuk semangat kesukanan dan juga semangat berpasukan dalam kalangan warga sekolah.
Comments