Gotong Royong Keceriaan dan Kebersihan
19 Ogos 2017 – Unit Hal Ehwal Murid dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru telah menjalankan program gotong royong bermula jam 7.30 pagi dengan slot pendaftaran/sarapan bersama, dan berlangsung slot gotong royong sehingga jam 2.00 petang. Lokasi yang terlibat ialah bilik-bilik khas, taman-taman keceriaan/pembelajaran, sudut-sudut khas dan tarmac sekolah. Semua guru dan ibu bapa berusaha gigih untuk memastikan kawasan sekolah selamat, bersih, ceria dan selesa untuk pembelajaran.