Sukacita dimaklumkan bahawa semua ibu bapa/penjaga dijemput hadir ke sekolah untuk berbincang mengenai prestasi dan pencapaian anak-anak serta mengambil Buku Laporan Adab Belajar murid pada ketetapan berikut :-
Tarikh : 29 Jun 2016 (Khamis)
Masa : 8.00 pagi hingga 1.00 tengahari
Tempat : Kelas Tahun 1 hingga Tahun 6
Hari ini juga merupakan hari persekolahan seperti biasa dan murid-murid perlu membawa buku mengikut jadual, berpakaian uniform sekolah lengkap dan kehadiran juga diambil. Murid perlu berada di kawasan sekolah sebelum atau pada jam 7.30 pagi dan menghadiri perhimpunan pagi seperti biasa di dewan.
Pihak sekolah amat berharap tuan / puan dapat hadir untuk berkongsi pandangan serta berbincang dengan guru berkaitan anak tuan / puan. Kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan / puan didahului dengan ucapan terima kasih.
Comments