Sambutan Hari Sukan Negara telah di isytiharkan pada setiap hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun. Program ini merupakan suatu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan yang merupakan satu langkah proaktif dalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Bersukan’ (Sporting Nation).
Antara program yang telah berlangsung ialah pertandingan sukaneka, permainan kecil, lumba berhalangan dan Senamrobik. Semua murid melibatkan diri dengan aktif dalam setiap slot yang dilaksanakan. Butiran lengkap program adalah seperti berikut:
Tarikh : 13 Oktober 2017
Masa : 9.35 Pagi – 12.00 Tengah Hari
Tempat : Dewan Seri Budiman dan Padang SKDP
Penglibatan : Semua guru, kakitangan sekolah dan murid.
Penyelaras : Puan Najat ‘Aisyah Ab. Wahid
Comments