Sambutan Hari Sukan Negara telah di isytiharkan pada setiap hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun. Program ini telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat, Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada 24hb Mac 2015.
Sambutan Hari Sukan Negara ini merupakan suatu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan yang merupakan satu langkah proaktif dalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Bersukan’ (Sporting Nation).
Sekolah Kebangsaan Desa Pandan juga tidak ketinggalan dalam meraikan sambutan ini. Semua murid diharapkan dapat hadir ke sekolah memandangkan hari ini juga merupakan hari persekolahan bagi cuti ganti sempena Hari Raya Aidilfitri (rujuk surat edaran tentang cuti berganti yang telah diedarkan).
Antara program yang telah berlangsung pertandingan sukaneka dan permainan rakyat seperti acara Span dan Air, Air dan Tangan, Bola Jaring, Galah Panjang, Baling Tin dan Senamrobik. Butiran program adalah seperti berikut:
Tarikh : 10 Oktober 2015
Masa : 7.35 Pagi – 1.00 Tengah Hari
Tempat : Dewan Seri Budiman dan Padang SKDP
Penglibatan : Semua guru, kakitangan sekolah dan murid.
Penyelaras : Cik Norazlina binti Omar
Comments