Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
- Sempena Ramadhan dan peperiksaan UPSR tahun ini, adalah dimaklumkan bahawa PIBG SK Desa Pandan akan mengadakan program tersebut di atas pada ketetapan seperti berikut :-
Tarikh : 17 JULAI 2014 (Khamis malam Jumaat)
Tempat : Dewan Seri Budiman, SK Desa Pandan.
Masa : 6.00 petang – 10.30 malam
- Dipohon kepada semua ibu bapa/penjaga pelajar tahun 6 untuk bersama-sama menghadiri majlis ini.
- Sehubungan ini kami ingin memohon sumbangan daripada semua ibu bapa / penjaga ( ahli PIBG ) bagi tujuan-tujuan berikut;
- Sumbangan Hari Raya kepada murid miskin dan yatim SK Desa Pandan.
- Sumbangan Hari Raya kepada anak yatim rumah kebajikan terpilih ( selaras dengan pelan strategik Sekolah Amanah, penglibatan bersama pihak luar dalam program sekolah )
- Duit raya kepada semua murid
- Menampung sebahagian perbelanjaan menganjurkan program.
- Cenderamata Khatam Quran Tadarus Ihya Ramadan
5. Kami amat menghargai segala keprihatinan dan sumbangan yang tuan puan berikan agar program ini dapat dijalankan dengan jayanya dan kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih
Sekian, terima kasih.
TENTATIF PROGRAM
6.00 Petang
Pendaftaran
Penyampaian Bantuan Sumbangan Hari Raya
Bacaan Yassin
7.30 Petang
Berbuka puasa & Solat Maghrib
Tazkirah / motivasi
Solat Isyak
Solat Hajat
Solat Terawih / Witir
Moreh
10.30 Malam
Bersurai
Selamat Hari Raya Wishes (Aidilfitri 2015) To All My Dear Muslims Around The Word!!! May Allah Bless You With Forgiveness and Peace