Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Desa Pandan akan menganjurkan satu program Fiesta SKDP yang akan diadakan pada hari Sabtu, 7 November 2015 bermula jam 8.00 pagi sehingga 11.00 malam. Program ini julung-julung kalinya diadakan untuk menjalinkan hubungan baik dan kerjasama antara warga sekolah, PIBG dan komuniti setempat.
Bagi mereka yang berminat untuk membuat sewaan tapak pada hari fiesta ini, bolehlah berhubung terus dengan pegawai yang bertugas melalui talian 017-6274707.
Pelbagai aktiviti menarik boleh disertai sepanjang fiesta ini berlangsung termasuklah persembahan artis, pelbagai jenis permainan, gerai-gerai jualan dan aktiviti amal. Kita jumpa nanti di Fiesta SKDP !
Comments