Saya ada seorang ibu yang bernama Norlela bt Hashim. Umur ibu saya ialah 49 tahun. Ibu saya kerja sebagai suri rumah. Ibu saya seorang yang baik hati,rajin dan peramah.
Ibu saya tak pernah mengabaikan kasih sayang terhadap saya. Segala keperluan saya disediakan. Ibu tidak pernah lupa memberi duit perbelanjaan sekolah setiap hari. Ibu selalu berpesan supaya berjimat cermat menggunakan wang yang diberi.
Setiap pagi ibu tidak pernah lupa menyediakan sarapan pagi. Sarapan pagi ibu sangat sedap setara chef terkemuka. Ibu sanggup bangun awal pagi untuk masak kepada saya dan keluarga .walaupun masakan ibu itu nampak biasa tetapi rasanya sedap.
Selain itu,ibu juga akan membawa kami sekeluarga bercuti apabila berkelapangan. Ibu sanggup menggunakan duitnya untuk pergi bercuti . Ibu memberi keceriaan kepada keluarga. Semua ini ibu lakukan demi untuk meluangkan masa bersama keluarga.
Di samping itu,ibu juga mengambil saya di sekolah, Ibu sanggup ambil saya di sekolah walaupun sibuk . Walaupun ibu datang lambat saya tetap tunggu sehingga ibu sampai . Saya tidakpernah menyalahkan ibu sekiranya ibu datang lambat kerana saya tahu banyak kerja yang perlu diselesaikan oleh ibu.
Kesimpulannya,kita perlulah menjaga hati ibu dengan sebaik-baiknya kerana ibu telah bersusah payah menjaga kita daripada kita dilahirkan hingga dewasa . Pengorbanan ibu tiada tandingannya. Ibu kaulah ratu hatiku.
Hasil Nukilan:
Muhammad Affif Mifzal
Comments