Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
dan salam sejahtera.
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan taufik dan hidayahNya kita diberi kekuatan untuk terus berdiri teguh dan melangkah dengan gagah bagi merealisasikan visi sekolah iaitu “Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera”.
Sebagai sebuah sekolah yang mengikuti Program Sekolah Amanah iaitu program transformasi pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia, di mana pembudayaan dan kelestarian serta mencapai tahap kualiti yang tinggi merupakan cabaran untuk memastikan SK Desa Pandan menjadi model kepada sekolah-sekolah di Malaysia.
Untuk mencapai tahap ini pihak sekolah akan melalui fasa akreditasi iaitu satu pentauliahan kepada sekolah-sekolah dalam Program Sekolah Amanah yang telah mencapai standard yang ditetapkan, menerapkan dan mengamalkan budaya sekolah amanah dan berjaya melakukan transformasi serta merealisasikannya.
Perubahan transformasi bilik darjah melalui pedagogi abad ke-21 oleh semua guru telah menjadikan SK Desa Pandan sebagai penandaarasan institusi pendidikan dan sektor awam- swasta. Kami telah menggunakan PMS, CPD, PLC dan LW sebagai budaya untuk menjalankan jentera sekolah dengan lancar.
Pelbagai kursus seperti, TeachSmart, MidLED CPDs, dan CPD Co-Curiculum telah membantu mengasah kemahiran melalui peranan masing-masing. SLT dan MLs telah memainkan peranan penting dalam melaksanakan “Trust School Improvement Plan” (TSIP) bersama dengan guru-guru sebagai pelaksana. Mereka telah mendapat latihan sebagai pemimpin pembelajaran dalam mempersiapkan dan menjalankan CPD untuk pembangunan warga sekolah.
Aktiviti pembelajaran yang menyeronokkan dan berpusatkan murid telah membuktikan anak-anak di SK Desa Pandan lebih yakin, berfikiran luas dan gembira datang ke sekolah setiap hari.
Terdapat kesedaran oleh guru dan ibu bapa bahawa pertumbuhan holistik murid-murid adalah sama pentingnya dengan kecemerlangan akademik. Program bersama untuk memupuk semangat muhibah antara guru, staf sokongan , ibu bapa, murid dan pihak berkepentingan telah dijalankan dan akan terus dibudayakan.
Ucapan terima kasih atas dedikasi dan komitmen guru-guru, staf sokongan, PIBG, ibu bapa, pegawai-pegawai PPD serta JPWPKL yang sentiasa memberi sokongan dan kerjasama kepada pihak sekolah.
Kami yakin kami berada di landasan yang betul untuk terus mencapai empat matlamat strategik, iaitu “Membangunkan Kepimpinan Dan Pengurusan Berkualiti Tinggi (SG 1),”Menambah baik Kualiti Pembelajaran dan Pengajaran (SG2), ”Memaksimumkan Potensi dan Pencapaian Murid”(SG 3) dan “Mengukuhkan Pelibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Pihak Berkepentingan Lain (SG 4).
Semoga usaha murni kita ini akan tercapai dan dipermudahkan segala urusan. Buat Sehabis Baik dan Bekerja Seikhlas Hati Akan Membuahkan Hasil Yang Berkualiti.
Sekian. Terima kasih.
(MAHERAN BINTI ABD HALIM)
Guru Besar,
SK Desa Pandan, Kuala Lumpur.
17.12.2018
Comments