|

Kejohanan Creterium “Junior Cycling Malaysia”

Pihak sekolah mengucapkan ucapan tahniah buat dua orang  murid yang telah menyertai Kejohanan Creterium “Junior Cycling Malaysia” di MAEP, Serdang, Selangor. Kejohanan ini julung-julung kali diadakan dan Aiman Abdul Razak mendapat tempat ke-4 bagi kategori Roadbike 11 tahun. Bagi kategori roadbike 9 tahun pula, Airil Abdul Razak berjaya mendapat tempat pertama.

Kedua-dua murid ini seterusnya akan bertanding pada kejohanan Siri ke-2 di Ipoh, Perak pada 22 Mei 2016 nanti. Pihak sekolah amat menggalakkan penglibatan murid dalam aktiviti-aktiviti yang dapat memperkembangkan potensi seumpama ini. Syabas dan tahniah ! 😀

Junior Cycling

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *