Kempen Jom Baca Bersama 10 Minit
📝Hari: Khamis
⏰Masa : 11.00 – 11.10 pagi
📆Tarikh : 22 April 2021
🏩Tempat: Kelas masing-masing
Satu aktiviti Jom Baca Bersama untuk 10 minit anjuran Perpustakaan Negara Malaysia telah dijalankan di seluruh Malaysia secara serentak.
SKDP telah menyahut kempen ini dengan jayanya dengan usahasama dari Unit Pusat Sumber Sekolah. Murid-murid dibekalkan dengan buku-buku yang menarik untuk sesi bacaan mereka dan pengumuman pelaksanaan program turut dilaksanakan.
Semoga 10 minit itu dapat menggalakkan lagi semua warga SKDP untuk terus membaca.


