Kempen Minum Air Peringkat Sekolah ini telah dilancarkan pada 25 April 2016 bertempat di Dewan Seri Budiman Sekolah Kebangsaan Desa Pandan. Program ini dianjurkan oleh PIBG SKDP. Kempen ini menyasarkan objektif memberikan kesedaran perlunya meminum air yang mencukupi semasa cuaca panas yang melanda negara. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah dan PIBG mengalu-alukan sumbangan air botol mineral 500ml dari ibu bapa SKDP.

Comments