Kempen Sayang Buku Peringkat Sekolah telah dilancarkan pada 12 Feb 2019 di Dewan Seri Budiman. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pn. Umarajaretham a/p M.T Rajaretnam.
Kempen ini adalah anjuran pihak SPBT sekolah sebagai satu usaha murni dalam memberi kesedaran kepada murid-murid tentang kepentingan penjagaan buku teks.
Sepanjang 2 minggu berlangsungnya kempen ini iaitu pada 12 hingga 20 Februari, pelbagai aktiviti menarik akan diadakan iaitu Pertandingan mewarna kulit buku, Pertandingan mereka penanda buku, pertandingan mereka kulit buku teks dan pertandingan buku skrap.
Selain itu, pemeriksaan buku teks juga akan diadakan bagi memastikan semua murid mematuhi dan akur terhadap peraturan yg telah ditetapkan. Diharapkan agar dengan adanya aktiviti seperti ini, kesedaran murid-murid akan dapat ditingkatkan di samping menanam rasa bersyukur di kalangan mereka.
Comments