Jabatan Pendidikan Wilayah Perseketuan Kuala Lumpur dengan Perseketuan Pengakap Malaysia akan menganjurkan Kursus dan Ujian Ahli Renang Peringkat Negeri. Kumpulan Pengakap SK Desa Pandan juga akan menghantar ahli-ahli yang berkelayakan untuk menonjolkan bakat ahli dan juga mengiktiraf kemahiran mereka.
Tarikh : 25-27 Januari 2018
Tempat : Pusat Kokurikulum Negeri Selangor, Hulu Langat
Yuran : RM 110 (Ahli) RM 40 (Pemimpin)
Pemimpin : Cik Nur Idayu binti Mat Jusoff
KELAYAKAN UNTUK MENYERTAI KURSUS & UJIAN
- Merupakan seorang ahli pengakap BERDAFTAR
- Telah lulus ujian lencana keahlian
- Mempunyai uniform lengkap
- Mempunyai keyakinan di dalam air
- Telah melengkapkan buku log
CATATAN BUKU LOG
Buku log perlu ada sekurang-kurangnya catatan mengenai butiran berikut dan telah disahkan oleh pemimpin masing-masing:
- Lambang Pengakap Malaysia dan Lambang Pengakap Sedunia beserta penerangan.
- Persetiaan Pengakap dan Undang-Undang Pengakap.
- Sejarah Pergerakan Pengakap.
- Cerita Hutan.
- Laung Agung.
BACAAN LANJUT:
Catatan:
Ibu bapa perlu menguruskan sendiri pengangkutan pergi dan pulang ahli ke lokasi kurus.
Dialu-alukan untuk mengesahkan penyertaan kepada pemimpin kumpulan melalui aplikasi Whatsapp http://cikguidayu.wasap.my sekiranya anak-anak telah memenuhi syarat yang dinyatakan.
Comments