Pada 12 Februari 2015, Jabatan Pendidikan Putrajaya telah mengadakan Lawatan Penanda Aras ke SKDP. Seramai 42 orang pegawai jabatan, guru besar dan penolong kanan menyertai lawatan tersebut, diketuai oleh Pengarah JPWP Putrajaya, Puan Rusni binti Ab Jalil. Fokus lawatan ini adalah untuk meninjau suasana pembelajaran dan persekitaran Sekolah Amanah yang berbeza berbanding sekolah lain. Dalam lawatan ini juga telah ditandatangani sijil jaringan aktiviti pendidikan bersama melibatkan semua sekolah yang terlibat bersama SK Desa Pandan
Terima kasih kerana sudi datang ke SKDP!
Comments