Lawatan Penanda Aras SK Seri Bintang Selatan
Pada 10 Mac 2016, seramai 20 orang guru dari Sekolah Kebangsaan Seri Bintang Selatan (SKSBS) telah berkunjung ke Sekolah Kebangsaan Desa Pandan untuk melihat gaya pembelajaran abad ke-21 yang telah diamalkan di sekolah ini sejak tahun 2013. Lawatan ini bermula pada jam 11.30 pagi sehingga 1.00 petang. Nama-nama guru yang terlibat adalah seperti berikut:
Bil | Kelas | Mata Pelajaran | Nama Guru | Masa |
1 | 4 Intelek | Bahasa Melayu | Cik Nur Idayu Mat Jusoff | 11.55-12.55 |
2 | 5 Intelek | Bahasa Inggeris | Pn. Nor Fadillah Ab Hamid | 11.55-12.55 |
3 | 4 Bestari | Sains | Syahifah Rabiha Norma | 11.55-12.55 |
4 | 4 Dinamik | Matematik | Fariza Nurbaya Nordin | 11.55-12.55 |
Pihak sekolah dengan merendah diri mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian pihak SKSBS untuk berkunjung ke sekolah ini. Semoga silaturrahim ini menjadi wadah terbaik untuk melonjakkan mutu pengajaran di sekolah masing-masing.