Lawatan Penandaarasan Pihak Maybank
29 Oktober 2015 – Satu Lawatan Penandaarasan Yayasan Maybank telah berjalan dengan lancar dengan bantuan Little Ambassador yang bertugas. Lawatan ini bertujuan untuk bertukar pandangan dan maklumat dalam meningkatkan prestasi sekolah dan menyediakan suasana pembelajaran yang lebih baik kepada murid-murid.
Program turut disertai oleh pegawai-pegawai daripada pihak LeapEd Services ini berlangsung pada pukul 9.00 pagi dan tamat pada jam 12.00 tengah hari. Semoga lebih banyak pihak yang prihatin dan melibatkan diri dalam pembangunan bidang pendidikan negara untuk membentuk generasi yang lebih cemerlang.