Program pembuka Post UPSR bagi anak-anak calon UPSR pada tahun ini selepas selesai peperiksaan ialah Lawatan Ke Pulau Pinang. Lawatan ini disertai oleh murid dan diiringi oleh guru dan wakil ibu bapa. Lawatan yang dijalankan pada 11, 12 dan 13 September ini diharapkan dapat meluaskan pandangan, menambah pengetahuan, mencipta kenangan manis dalam kalangan murid-murid dan semua peserta lawatan, memandangkan tahun ini merupakan tahun terakhir murid-murid tahun enam berada di alam persekolahan peringkat rendah.

Comments