Majlis Anugerah Cemerlang merupakan program tahunan SK Desa Pandan Kuala Lumpur saban tahun. Majlis ini bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada pelajar pelajar yang cemerlang di dalam bidang kurikulum dan ko kurikulum sepanjang tahun. Penganugerahan dan pengiktirafan ini dapat meningkatkan semangat cintakan kecemerlangan warga SK.Desa Pandan.
Rasional
- Menjadi perangsang kepada murid-murid supaya berusaha bersungguh-sungguh dalam kurikulum dan kokurikulum.
- Menimbulkan rasa minat di kalangan murid-murid untuk terus cemerlang dan berjaya dalam bidang akademik dan kokurikulum.
- Mengiktiraf kejayaan murid murid dari segenap aspek pendidikan.
Objektif
- Melahirkan pelajar yang cemerlang, berkualiti dan berwawasan.
- Mempertingkatkan amalan mencintai ilmu dalam diri murid-murid.
- Melahirkan murid-murid yang mempunyai semangat juang yang tinggi dalam bidang kokurikulum.
Comments