Satu Majlis Berbuka Puasa dan Solat Hajat UPSR 2015 telah dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan Desa Pandan untuk ibu bapa dan calon-calon UPSR pada tahun ini, mengikut ketetapan berikut:
Tarikh : 9 Julai 2015
Masa : 5.00 Petang – 10.00 Malam
Tempat: Dewan Seri Budiman
Makanan: Katering dan Potluck
Alhamdulillah, ramai ibu bapa bersama anak-anak telah hadir dan kita harapkan dengan adanya majlis seumpama ini dapat mencipta momentum dan motivasi kepada calon-calon UPSR tahun ini. Gandingan bahu antara ibu bapa dan guru dalam memastikan kejayaan dalam UPSR mampu diraih ini merupakan salah satu usaha sangat membantu sekolah untuk melakar kejayaan yang lebih tinggi. Syabas buat semua yang hadir !
Comments