30 Disember 2014 – Program Orientasi Murid Tahun 1 SKDP bagi sesi 2015 telah dirasmikan oleh Guru Besar SKDP, Puan Maheran bt Abd Halim. Sasaran program ini ialah 152 orang murid tahun 1. Program ini selaras dengan tujuan untuk mendedahkan murid-murid dengan suasana persekolahan yang bakal dilalui.
Aktiviti yang dijalankankan ialah suai kenal murid dengan rakan-rakan dan guru-guru, ujian Bahasa Melayu dan Matematik dan pendedahan awal murid ke kantin pada waktu rehat. Semasa murid mengikuti aktiviti terebut, ibu bapa dan penjaga mengikuti taklimat berkaitan urusan persekolahan yang disampaikan oleh Guru Besar dan GPK Hal Ehwal Murid. Selamat datang kepada semua murid tahun 1.
Salam,
Anak saya akan memulakan persekolahan tahun 1 pada Januari 2017.
Bilakah waktu yang sesuai utk saya membuat pendaftaran ke SKDP?
Kini, anak saya berusia 5 tahun.
Penerangan pihak tuan/puan amat saya hargai.
terima kasih.
Waalaikumussalam, Puan Rosellawati.
Puan boleh membuat pendaftaran di Pejabat SKDP sehingga 30 Oktober 2015.
Untuk maklumat lanjut, puan boleh rujuk pautan ini: http://www.skdp.edu.my/?p=647 atau hubungi pejabat sekolah melalui talian 0392864643. Terima kasih..