Majlis Pelancaran Kempen Galakan Membaca dan Program Nilam 2022

Kempen Galakan Membaca dan Program Nilam merupakan acara tahunan dan kali ini ianya dilancarkan pada 18 April 2022 bersempena Jom Baca 10 minit yang dilaksanakan di seluruh negara secara serentak. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Puan Maheran Abd Halim, Guru Besar SK Desa Padan.

Majlis turut dilengkapi dengan sesi resensi buku oleh dua orang murid dalam dwi bahasa secara on air. Pada tepat jam 11.00 pagi, seluruh warga SKDP telah mengikuti Program Jom Baca 10 minit di lokasi masing-masing.

Dengan adanya program sebegini diharapkan dapat memupuk budaya membaca dikalangan murid dan guru untuk melahirkan generasi yang berilmu.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *