Majlis Pentauliahan Pangkat Kepegawaian Kadet Remaja Sekolah kepada semua Guru Besar Wilayah Perseketuan Kuala Lumpur telah diadakan pada 28 Mac 2016 (Isnin). Majlis yang julung-julung kali diadakan ini disempurnakan oleh Kolonel KRS Wilayah Perseketuan Kuala Lumpur. Majlis dimulakan dengan pemeriksaan barisan kehormat dan pentauliahan komandan KRS. Dalam majlis ini semua Guru Besar telah dikurniakan pangkat Leftenan Kolonal. Semoga dengan adanya pentauliahan seumpama ini dapat menjadi langkah positif dalam perkembangan bidang kokurikulum di sekolah.

Comments