Majlis Penutup Program Ihya’ Ramadan dan Khatam al-Quran 2022

Panitia Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan Desa Pandan telah berjaya mengadakan Majlis Penutup Program Ihya’ Ramadan dan Khatam al-Quran secara hybrid setelah hampir sebulan mengimarahkan bulan mulia ini dengan pelbagai aktiviti yang bermakna untuk penghayatan Ramadan yang lebih baik. Berikut merupakan butiran majlis;

Tarikh    : 29 April 2022
Hari        : Jumaat
Masa     : 8.00 - 9.30 pagi. 
Tempat  : Dewan Sri Budiman dan di bilik-bilik darjah.

Demi mematuhi SOP penjarakan, hanya sebahagian kecil murid ditempatkan di dewan untuk rakaman secara langsung menerusi Streamyard dan Facebook Live manakala murid-murid yang lain bersama-sama dengan guru semasa mengikuti program di kelas masing-masing secara langsung. Majlis diakhiri dengan pemberian duit raya kepada murid-murid dan penyerahan sumbangan kepada murid-murid asnaf sempena ambang Syawal.

Dengan adanya program sebegini sedikit sebanyak ianya dapat membantu meningkatkan amal ibadah di bulan Ramadan serta mengukuhkan ukhwah antara keluarga SKDP.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *