Malam Seribu Kenangan Murid Tahun 6
Program Malam Seribu Kenangan merupakan sebuah program khas untuk murid-murid tahun enam sebagai satu simbolik berakhirnya pembelajaran mereka di alam sekolah rendah. Majlis yang dijalankan selepas UPSR ini dirancang untuk meraikan para murid tahun enam dalam suatu malam yang gilang gemilang di samping menyelitkan beberapa persembahan sebagai kenangan terindah mereka semasa sekolah rendah.