Ramadan yang dinanti semakin menghampiri, moga keberkatannya melimpahi. Pihak sekolah di bawah pengurusan Panitia Agama Islam akan mengadakan satu majlis ‘Marhaban Ya Ramadan’ bersempena meraikan kehadiran bulan yang penuh berkat, iaitu Ramadan pada hari Jumaat, 26 Jun 2014 jam 7.35 pagi (tahap 1) dan 12.55 tengah hari (tahap 2), bertempat di Dewan Seri Budiman Sekolah Kebangsaan Desa Pandan.
Semoga kita bersedia dengan sepenuhnya untuk menyambut ketibaan Ramadan yang ada di dalamnya satu malam yang dikenali Lailatul Qadr. Lafazlah dengan ucapan selamat datang Ahlan Wasahlan Ya Ramadan al-Mubarak.
Comments