Kepada:
Ibu bapa / Penjaga
Murid – murid SK Desa Pandan
Kuala Lumpur
Yang Berbahagia Dato’ / Datin / Tuan / Puan,
Notis Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)
Merujuk kepada perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan dijemput hadir ke mesyuarat tersebut yang akan diadakan pada ketetapan berikut:
Tarikh : 2 April 2016 (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Dewan Sri Budiman
Agenda Mesyuarat
- Ucapan Yang Dipertua
- Ucapan Penasihat
- Membentang dan mengesahkan minit Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke – 16
- Membentang dan menerima laporan tahunan PIBG bagi tahun 2015 – 2016
- Membentang, menerima laporan dan meluluskan penyata kewangan PIBG yang berakhir pada 31 Disember 2015
- Membahas bayaran tambahan
- Pembentangan usul – usul yang telah dikemukakan secara bertulis
- Pembubaran Ahli Jawatankuasa sesi 2015 / 2016
- Pelantikan Ahli Jawatankuasa sesi 2016 / 2017
- Ucapan Penangguhan
Sehubungan itu, sekiranya Dato’ / Datin / Tuan / Puan mempunyai sebarang usul bagi mempertingkatkan lagi kecemerlangan sekolah ini, mohon isikan Borang Usul yang disertakan dah dihantarkan kepada guru kelas selewat – selewatnya pada 25 Mac 2016.
Perhatian dan kerjasama serta kehadiran Dato’ / Datin / Tuan / Puan amatlah diharapkan dan terlebih dahulu diucapkan terima kasih.
* Pendaftaran kehadiran boleh dilakukan mulai jam 8.00 pagi
* Kehadiran ibu/bapa/penjaga akan memberikan 20 merit kepada murid.
Sekian, terima kasih
Comments