Mesyuarat Pengelola Program Ziarah Cakna
Pada 22 Januari 2019 / Selasa telah diadakan satu Mesyuarat Pengelola Program Ziarah Cakna bertempat di Bilik Seri Pandan. Mesyuarat bermula pada pukul 2.30 petang dan dipengerusikan oleh Dr. Zalina Binti Mohd Tahir, School Improvement Partner +, PPWBP.
Mesyuarat ini diadakan bertujuan untuk membincangkan persiapan dan persediaan bagi majlis yang akan berlangsung pada 28 Januari nanti.