Panduan PdPR Panitia Bahasa Melayu

Panduan PdPR Panitia Bahasa Melayu ini dikongsikan untuk memberikan gambaran atau cadangan perjalanan sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR). Perkongsian cadangan ini akan berubah dari masa ke masa mengikut keperluan semasa.

PdPR merupakan alternatif yang membolehkan guru terus mengajar dan murid boleh belajar. Semoga usaha ini berjalan lancar sepanjang tempoh PdPR berlangsung.

Kurikulum yang disampai merupakan kandungan daripada DSKP berbantukan DPK 2.0 untuk menentukan bentuk kandungan kurikulum.

1. Rangka Rancangan PdPR

Sewaktu merangka rancangan PdPR, guru-guru mungkin memerlukan dokumen-dokumen yang berikut:

  • Rancangan Pengajaran Tahunan 2021
    • Tahun 1 – Puan Zabedah
    • Tahun 2 – Puan Basirah
    • Tahun 3 – Encik Abdul Halim
    • Tahun 4 – Puan Nor Hazianty
    • Tahun 5 – Cik Nur Idayu
    • Tahun 6 – Puan Fadzilah

Terima kasih kepada guru-guru yang telah membantu merangka rancangan pengajaran tahunan untuk kegunaan bersama.

2. Cadangan Pelaksanaan PdPR

Pelaksanaan PdPR boleh dilaksanakan secara dalam talian (online) dan luar talian (offline). Pelaksanaan dalam talian pula terbahagi kepada 2 cara, iaitu secara langsung ataupun tidak langsung.

Dalam Talian Secara LangsungLive Youtube, Live Facebook, Google Meet, Microsoft Teams dan lain-lain.
Dalam Talian Secara Tidak Langsung LangsungWhatsapp, Telegram, Google Classroom dan lain-lain.
Luar TalianModul, Lembaran Kerja dan lain-lain.

Guru-guru perlu membuat hebahan sesi PdPR di dalam Telegram Khas Kelas yang diajar. Nyatakan secara terperinci kaedah pembelajaran dan keperluan yang perlu disediakan oleh murid.

3. Laporan Pelaksanaan PdPR

Sesi PdPR yang dijalankan perlu direkodkan menggunakan Google Form. Klik Laporan PdPr Digital SK Desa Pandan. Kemudian lengkapkan butiran yang diperlukan.

Setelah melengkapkan pelaporan tersebut, guru-guru digalakkan untuk terus ke laman SSDM untuk merekodkan amalan baik murid.

Penutup

Selamat mengemudi sesi PdPR buat semua rakan-rakan guru. Semoga Allah permudahkan perjalanan kita dalam menyampai ilmu.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *