Peningkatan kes deman Denggi telah membimbangkan dan menjejaskan kualiti hidup masyarakat kini kerana wabak Denggi ini berkemungkinan boleh membawa maut. Oleh itu, Kempen Jom Gempur Denggi telah dilaksanakan untuk memberi kefahaman tentang penyakit ini dan kehadiran membanteras nyamuk Aedes.
Tarikh : 29 Julai 2016 (Jumaat)
Masa : 8.30 pagi hingga 11.55 tengah hari
Tempat : Kelas Tahun 3 hingga Tahun 6
Semasa hari pelancaran, beberapa aktiviti telah berlangsung serentak, seperti ceramah, persembahan, dan pameran. Melalui kempen ini, diharapkan dapat memberikah kesedaran kepada warga sekolah tentang kepentingan menjaga kebersihan alam sekitar supaya dapat menghapuskan pembiakan nyamuk Aedes. Marilah kita sama-sama melaksanakan tangggungjawab supaya kualiti hidup kita terjamin.
Comments