Pendaftaran Murid Tahun Satu 2020 dan 2021
Pendaftaran Penempatan Kanak-Kanak Warganegara Ke Tahun Satu Secara Online Menggunakan Sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) Sesi Persekolahan 2020 dan 2021 akan dibuka pada:-
Sesi Pertama : 1 Mac hingga 30 April 2019 (Pendaftaran Biasa)
Murid yang layak memohon ialah murid yang mempunyai tarikh kelahiran bermula 02 Januari 2013 sehingga 01 Januari 2014 (Sesi Persekolahan 2020), dan 02 Januari 2014 sehingga 01 Januari 2015 (Sesi Persekolahan 2021). Bawa bersama dokumen berikut semasa memohon:-
- Sijil Lahir Asal dan Satu Salinan.
- Bil Utiliti (Bil Pengesahan Tempat Tinggal).
- Satu Salinan Kad Pengenalan Ibu dan Bapa / Penjaga.
- Sampul Surat putih bertingkap bersaiz 4 x 9 (115cm x 245cm).
- Setem 80 Sen.
Permohonan boleh dibuat melalui Pejabat SK Desa Pandan mengikut ketetapan berikut:-
Isnin – Jumaat
8.00 Pagi – 4.00 Petang
WAKTU REHAT
(Isnin-Khamis: 1.00 Petang – 2.00 Petang)
(Jumaat: 12.15 Tengah Hari – 2.45 Petang)