Bermula tahun 2017, ibu bapa atau penjaga boleh membuat permohonan pendaftaran prasekolah secara atas talian melalui pautan https://eprasekolah.moe.gov.my/.
TARIKH PERMOHONAN
a. Secara Dalam Talian : 1 Mac 2017 hingga 30 April 2017
b. Secara Manual Melalui Sekolah Dimohon : 1 Mac 2017 hingga 31 Mei 2017
SYARAT PERMOHONAN KEMASUKAN
a. Kanak-kanak warganegara Malaysia sahaja
b. Kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2012 hingga 15 Januari 2014 sahaja yang layak untuk memohon.
PEMILIHAN MURID
Pemilihan murid dilaksanakan di peringkat sekolah oleh Jawatankuasa Pemilihan murid berdasarkan sistem merit.
Comments