Pendaftaran Keahlian Tahunan Pengakap Sekolah Kebangsaan Desa Pandan 2022 telahpun selesai. Jutaan terima kasih buat semua guru, ibu bapa dan ahli-ahli yang telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang proses berlangsung.
Berikut merupakan butiran Pengakap SKDP yang boleh dijadikan rujukan semasa menyertai mana-mana program pengakap di peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan juga antarabangsa.
Nombor Kumpulan
27
Daerah
Titiwangsa
Negeri
Kuala Lumpur
Ketua Pesuruhjaya Negeri
Datuk Zakran bin Hj. Abdul Manan
Pesuruhjaya Daerah
Tuan Muhammad Fadzil bin Abd Razak
Kuasa Penganjur
Puan Maheran binti Abdul Halim
Pemimpin
Cik Nur Idayu binti Mat Jusoff
Nombor keahlian bagi barisan pemimpin dan ahli akan dikemaskini dan dikongsi di halaman ini sebaik sahaja pihak pengurusan negeri memberi makluman tentang status pendaftaran nanti.
Pada 19 September 2017, Sekolah Kebangsaan Desa Pandan telah mengadakan Majlis Penutupan Sambutan Bulan Kemerdekaan di Dewan Seri Budiman. Semua murid dan guru terlibat dalam majlis ini. Terdapat pelbagai pertandingan yang diadakan sepanjang berlangsungnya Sambutan Bulan Kebangsaan ini. Kemuncaknya ialah saat tibanya sesi penyampaian hadiah bagi pemenang-pemenang pertandingan yang telah diadakan. Semua peserta berasa teruja…
Kelas renang SK Desa Pandan untuk sesi 2023 telah pun bermula pada 7 Januari 2023 hingga 29 Januari 2023 untuk 4 sesi. Lokasi: KOLAM RENANG KEM KEMENTAH Masa: 8.00 pagi hingga 10.00 pagi Pakaian: a. Pakaian renang b. Goggle c. Floating board Kelas renang ini diketuai oleh En Izwan AJK PIBG dan diurus selia oleh jawatankuasa yang…
Ketua guru penasihat atau guru-guru penasihat boleh memuat turun panduan/borang pengurusan fail unit kokurikulum masing-masing melalui pautan di bawah: Borang Rancangan Aktiviti Kokurikulum Kandungan Minit Mesyuarat Agung Rumah Sukan Kandungan Minit Mesyuarat Sukan dan Permainan Kandungan Minit Mesyuarat Perlembagaan Senarai Kehadiran Senarai Guru Pembimbing / Penasihat
SK Desa Pandan telah menghantar pasukan sekolah menyertai Kejohanan Bola Sepak Bawah 12 Tahun MSSWPKL Zon Pudu pada 13-16 Jun 2022 bertempat di SK Cochrane. Keputusan peringkat kumpulan;SKDP 1-0 SK Taman Midah 2SKDP 8-0 SJKT CherasSKDP 1-0 SK St. Gabriel Peringkat kalah mati;SKDP 0-3 SK Bandar Tun Razak 1 Semoga pasukan sekolah terus berjaya di…
Baru-baru ini, kumpulan tarian SK Desa Pandan telah berjaya mendapat tempat pertama dalam Program Pertukaran Budaya Pasukan Badan Beruniform (PBB) Peringkat Antarabangsa. Mereka telah mempersembahkan sebuah tarian tradisional yang berasal dari negeri Perlis iaitu tarian Ayam Didik. Rakaman video telah dijalankan dengan berlatar belakangkan SK Desa Pandan yang tersergam indah. Tahniah diucapkan kepada murid-murid serta…
Pasukan Hoki Perempuan Sekolah Kebangsaan Desa Pandan telah menyertai Kejohanan Hoki 9’S Sebelah Sekolah Kluster Kecemerlangan dan Sekolah Amanah Malaysia Kebangsaan 2018 di IKBN kemasik, kemaman.pada 3, 4 dan 5 Mei 2018. Pasukan SK Desa Pandan dalam Kumpulan X bersama-sama Sekolah Convert Batu Pahat dan SK Kijal, SK Paka 3. Pasukan SKDP telah menjadi Naib…