Pengurusan Calon-Calon UPSR 2018
Sepanjang 4 hari peperiksaan UPSR berlangsung, Skuad Prihatin dalam kalangan ibu bapa bertungkus lumus menyediakan makanan dan melayan sebaiknya calon-calon UPSR.
Terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada semua sukarelawan yang telah menyumbang masa dan tenaga untuk bersama-sama menguruskan anak-anak ini.
Penghargaan terima kasih juga buat para penyumbang yang dermawan dan budiman. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa baik semua. Semoga kalian beroleh keberkatan dan perlindungan-Nya dunia dan akhirat.