Semua sekolah di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka termasuklah Sekolah Kebangsaan Desa Pandan akan ditutup hari ini, 15 September 2015 berikutan keadaan jerebu yang semakin teruk. Sehubungan itu, murid-murid dinasihatkan untuk berada di rumah dan elakkan diri daripada terdedah kepada asap jerebu.
Penetapan tahap IPU pada 200 sebelum sekolah-sekolah ditutup itu merupakan prosedur yang telah ditetapkan oleh Jabatan Kesihatan serta Jabatan Alam Sekitar.
Comments