Pada 15 Ogos 2015, pasukan Kalam Jamaie sekolah yang dibimbing oleh Pn. Nor Azzarahton Ab Karim & Puan Suraya Ramli telah menyertai satu pertandingan Kalam Jamaie Sekolah-Sekolah Rendah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Seri Suria. Alhamdulillah Sekolah Kebangsaan Desa Pandan berada di tangga kedua dalam keseluruhan peserta yang mengambil bahagian. Kedudukan ini melayakkan pasukan sekolah ke pertandingan peringkat negeri yang akan diadakan pada 27 dan 28 Ogos 2015. Semoga pencapaian dan penyertaan kali ini dapat memberikan semangat dan motivasi baharu kepada para peserta untuk melakar kejayaan yang lebih besar pada masa akan datang.

Comments