Kami warga Sekolah Kebangsaan Desa Pandan, Kuala Lumpur dengan penuh rasa tanggungjawab berjanji akan menumpukan tenaga dan usaha kami untuk:-
- Mewujudkan jentera dan sistem pengurusan sekolah yang dinamik dan berkesan serta mewujudkan suasana kerja yang harmonis dan kondusif.
- Menyediakan dan memberi peluang kepada setiap kanak-kanak tanpa mengira latarbelakang, agama, bangsa dan keturunan.
- Memberi pendidikan yang cemerlang dan efektif serta membimbing supaya dapat melahirkan insan yang berilmu, beramal, berjasa, berketrampilan dan sejahtera selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
- Memastikan prestasi kecemerlangan murid dan kakitangan sentiasa dicapai dan berterusan.
- Memastikan jalinan dan hubungan mesra dengan ibu bapa, murid-murid dan juga sesiapa yang berurusan dengan pihak sekolah.
Comments