Tujuan
- Memastikan keselamatan murid terjamin semasa mereka berada di sekolah – in loco parentis.
- Memastikan pembelajaran murid tidak terganggu dengan ketidakhadiran guru.
Skop dan Aplikasi
Polisi ini boleh diperoleh dilaman web SK Desa Pandan www.skdp.edu.my dan ia melibatkan
- Guru-guru terlatih /guru tetap
- Guru pelatih
- Guru ganti
Tanggungjawab
- Pengurusan
- Merangka dan mengemaskini polisi guru ganti dengan rundingan bersama pihak yang berkepentingan.
- Penyelaras
- Memastikan Jadual Waktu setiap guru dikemaskini.
- Bertanggungjawab untuk menyediakan Senarai Guru Ganti.
- Mewar-warkan Senarai Guru Ganti untuk makluman dan tindakan pihak yang berkepentingan.
- Menyediakan dan mengemaskini Fail Guru Ganti.
- Menyediakan analisa penggantian guru supaya dapat dikongsi semasa Mesyuarat Guru untuk makluman dan tindakan seterusnya.
- Guru
- Mendapatkan persetujuan permohonan cuti (CRK) daripada Guru Besar sekurang-kurangnya dua hari sebelum permohonan secara online (HRMIS) dibuat.
- Memaklumkan pada Guru Besar dan Guru Penolong Kanan Tadbiran dan Kurikulum berkenaan ketidakhadiran melalui telefon /talian WhatsApp peribadi sekurang-kurangnya sebelum jam 6.00 petang sehari sebelum cuti dimohon.
- Mencatatkan butiran (nama,tarikh,tempat dan masa) urusan ketidakhadiran (kursus, bengkel taklimat, mesyuarat, mengiring murid,dsbg) pada papan putih di pejabat sekolah.
- Menyediakan dan menyerahkan set Lembaran Kerja untuk setiap kelas yang terlibat kepada Guru Penolong Kanan Tadbiran dan Kurikulum sehari sebelum penggantian diperlukan.
Tatacara
- Sentiasa peka pada Lembaran Guru Ganti (Relief Sheet) setiap pagi dalam talian WhatsApp rasmi sekolah.
- Menandatangan Lembaran Guru Ganti serta mengisi Slip Guru ganti yang diedarkan oleh Pembantu Pejabat.
- Slip Guru Ganti perlu dikepilkan/ditampal pada Rancangan Pelajaran Harian sebagai bukti Melindungi Masa Instruktional (MMI).
- Akur pada masa penggantian dan melaksanakan arahan yang ditetapkan oleh guru asal.
- Penggantian akan berdasarkan beberapa kriteria berikut:
- guru dari panitia yang sama; ATAU
- guru sealiran; ATAU
- guru kelas; ATAU
- guru pendamping; ATAU
- guru lain yang ada ‘free period’
Penggantian boleh dijalankan dengan:
- Seorang guru mengambil alih satu kelas.
- Membahagikan murid kelas yang terlibat untuk digerakkan ke kelas-kelas sealiran.
- Merancang dan melaksanakan aktiviti sampingan secara berkelompok (Jadual Khas).
Sistem Pengoperasian
- Sekolah menggunakan perisian aSc Substitution untuk menjanakan Lembaran Guru Ganti.
- Jadual Khas dibuat secara manual untuk penggantian peristiwa Khas atau jika bilangan ketidakhadiran guru terlalu ramai.
Nombor Telefon
- Guru Besar : 019 -380 4604
- GPKTK : 012 -535 8895
- Pejabat SKDP : 03-9286 4643
Comments