Program Anakku Sayang Siri 1
Tarikh: 7 April 2021 (Jumaat)
Masa: 7.35 a.m. – 11.45 a.m.
Tempat: Cyberlab @base, SKDP
Program Anakku Sayang Siri 1 telah dilaksanakan dengan disertai oleh 28 orang murid pemulihan Tahun 3 untuk mengikuti aktiviti yang dirancang oleh guru Pemulihan Khas serta guru Bahasa Melayu dan Matematik.
Objektif program ini adalah untuk meningkatkan penguasaan 3M iaitu membaca, menulis dan mengira dalam kalangan murid sekolah rendah. Selain itu, memberi sokongan tambahan bagi membolehkan murid yang mempunyai masalah 3M Melayu setara dengan rakan lain dalam arus perdana.
Akhir sekali, membina keyakinan diri dan bersikap positif terhadap pembelajaran. Diharap program ini dapat memberikan impak yang positif kepada murid terlibat.


