Salam Ramadan dan selamat menunaikan ibadat puasa bagi kaum muslimin dan muslimat. Sempena menyambut bulan mulia ini, pihak sekolah telah menganjurkan Program Ihya’ Ramadan sepanjang bulan ini (13 Jun 2016 – 1 Julai 2016).
Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan seperti Program Hafiz & Hafizah, Program Tadarrus Al-Quran, Program Menjemput Rezeki, Pertandingan Mewarna, Pertandingan Melukis Poster, Pertandingan Rewang & Iftar, Khatam Al-Quran dan lain-lain lagi.
Sehubungan itu, Majlis Pelancaran Ihya’ Ramadan telah dilaksanakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 13 Jun 2016 (Isnin)
Masa : 7.35 Pagi – 9.35 Pagi
Tempat : Dewan Seri Budiman
Penyelaras : Puan Nur Tasnim binti Abd Rahman
Pada hari yang sama, guru-guru telah berkumpul di Bilik Seri Wawasan pada jam 2.00 petang untuk bersama-sama menunaikan solat Zohor dan mendengar tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Humaizi bin Abd Aziz. Semoga dengan hadirnya Ramadan ini dapat kita sama-sama melipatgandakan amalan dan menjadikan Ramadan kali ini lebih baik daripada yang sebelumnya.
Comments