Pada November 2014, YB Encik Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan telah melancarkan satu sistem khas bagi Program Mengenalpasti Bakat Sukan yang dinamakan sebagai MyTID. MyTID merupakan program pembangunan bakat sukan di peringkat akar umbi di mana ianya melibatkan proses pengenalpastian bakat berpotensi melalui bateri-bateri ujian terpilih dan dijalankan terhadap pelajar sekolah rendah berumur 7 tahun (Darjah Satu) di seluruh negara.

MyTID 1

Program ini melibatkan jaringan kerjasama dari dua pihak iaitu Kementerian Belia dan Sukan serta Kementerian Pendidikan Malaysia. Bateri ujian yang dipilih adalah adunan daripada bateri-bateri ujian yang digunapakai dalam proses pencarian bakat yang dijalankan oleh pihak Institut Sukan Negara serta Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (Segak) yang dijalankan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia.

MyTID 2

Sekolah Kebangsaan Desa Pandan Merupakan antara sekolah yang terpilih dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ini. Berikut merupakan butiran pelaksanaan program tersebut:

Tarikh            :  8 Oktober 2015
Masa             :  7.35 Pagi – 11.00 Tengah Hari
Tempat          : Dewan Seri Budiman
Penglibatan   : 100 orang murid tahun 1 dan jurulatih MyTID Sekolah
Penyelaras    : Cik Norazlina binti Omar

Share this…
Share on Facebook

Facebook

Email this to someone

email

Sambutan Hari Sukan Negara 2015

Previous article

Penutupan Sekolah Akibat Jerebu Bil.4/2015

Next article

You may also like

Loading Facebook Comments ...

Comments

Leave a reply

Your email address will not be published.

More in Kokurikulum