Program Permuafakatan Bersama Ibubapa/Penjaga dan Guru-guru Tahun 6 2019
Program ini telah dijalankan pada 12 Januari 2019 (Sabtu) dan dihadiri oleh Pentadbir, guru-guru SK Desa Pandan,PIBG, ibu bapa dan murid-murid tahun 6. Pendaftaran bermula pada pukul 8.30 pagi dengan menggunakan QR Code.
Program ini dimulai dengan lagu Negaraku dan Lagu Wilayah Persekutuan. kemudian dengan bacaan doa oleh Ustaz Muhammad Shukran Bin Mohd Noor. Murid-murid telah membaca Aku Janji UPSR 2019. Kemudian disusuli dengan Taklimat Program Kecemerlangan UPSR oleh pentadbir mengenai Analisis UPSR 2018, Program Kecemerlangan UPSR 2019, Pentaksiran Bilik Darjah, sahsiah murid dan PAJSK/SEGAK. Program bersurai pada pukul 11.00 pagi.
Semoga program ini akan menghasilkan kecemerlangan di kalangan modal insan di SKDP.