Program Persediaan Pelajar Cemerlang dijalankan pada 9 Mei 2017 di Dewan Seri Budiman. Program ini disertai oleh semua murid tahun 4 dan tahun 5. Semua peserta didedahkan tentang OSEM; iaitu sebuah aplikasi pembelajaran atas talian yang boleh di akses di mana-mana sahaja.
Penceramah juga menerangkan tentang cara-cara penggunaan aplikasi OSEM ini untuk tujuan pembelajaran. Paling menarik, semua peserta disajikan dengan kisah -kisah inspirasi tokoh-tokoh negara untuk dijadikan sumber inspirasi. Semoga program ini dapat memberikan manfaat kepada semua murid yang menyertainya!
Ditulis oleh:
Nurin Hamizah binti Bahrun Khair.
Comments