Oktober sentiasa dimeriahkan dengan sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan sejak dekad 60-an lagi. Di peringkat sekolah, guru-guru dan murid-murid komited berganding bahu merayakan bulan ini untuk mencapai objektif berikut:-
- Memantapkan, memperkukuh dan mempamerkan jati diri dan citra bangsa Malaysia.
- Menguatkan rasa megah terhadap bahasa kebangsaan.
- Mengeratkan dan memperkukuh perpaduan bangsa melalui bahasa kebangsaan.
- Menyemarakkan peranan bahasa kebangsaan sebagai tonggak pembinaan negara bangsa.
Butiran Program adalah seperti berikut:
Tarikh : 2 Oktober 2017
Masa : 7.30 – 8.30 Pagi
Tempat : Dewan Seri Budiman
Penyelaras : En. Mohd Fauzan Che Mohd Noor
[akan dikemaskini dari masa ke masa]
Comments