Taklimat Program Sekolah Selamat (Selamat Datang dan Selamat Pulang) telah dilaksanakan dengan jayanya pada 3 Januari 2019 di Dewan Seri Budiman, SK Desa Pandan. Taklimat ini telah disampaikan oleh Puan Mahiza bt Che Sab.
Objektif taklimat program ini adalah:
- Memastikan murid datang dan pulang dalam keadaan yang selamat.
- Murid menjaga keselamatan diri masing-masing sepanjang perjalanan pergi dan pulang.
- Menerangkan penggunaan laluan pergi dan balik kepada murid-murid.
- Mematuhi peraturan jalan raya yang ditetapkan.
Comments